Friday, 1 April 2011

Sebelum Daun Yang Terukir Nama Mu Gugur.

Susunan rasa yang aku selit,
Harapannya ialah bertumbuh segar,
Membelit dan melingkar pemilik hati itu.

Jika kamu dapat melihat dirimu dari matamu,
Sekiranya kamu mendengar suara kamu dari telinga aku,
Andainya kamu mampu menghidu aroma itu,
Kalau kamu dapat sentuh tubuh kamu dengan jari aku,
Pasti kamu tahu,
Kamu telah mengindahkan hidup ini.

Aku sanggup cuba segala cara,
Supaya aku takkan kehilangan,
Kehilangan sudut pandangan,
Pandangan senyuman kamu.

No comments:

Post a Comment