Ada saatnya kita terluka, lalu melangkah pergi, tak menoleh lagi. Sampai saatnya, kembali, kita kutip kenangan pada cebis luka-luka. Inilah saat, kita akan mengerti, luka mengajar kita jalan pulang.
Monday, 4 April 2011
Saturday, 2 April 2011
Mama
Mama...
Aku anakmu,
kemana pun ku pergi.
Aku tahu..
tempat lahirku.
Kamu..
Mama, aku mahu balik padamu...
Friday, 1 April 2011
Sebuah Epik Cinta Terulung
Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria
segala suka duka terhimpun disini.
Adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya?
Hanya Tuhan yang menentukan segalanya...
Lebih satu dekad Anex mencipta cinta.
Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang...
dia menjadi pencipta agung.
Dia tabah mengharungi apa saja...
demi sumpahnya mencintai Aja sehingga ke akhir hayat.
Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilebalkan
sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan?
Namun, berjayakah dia menyunting Aja menjadi permaisurinya?
Akan bahagiakah dia?
Mampukah dibuktikannya pada dunia...
cinta adalah segalanya!!!
Cuma Aja yang punyai jawapan itu.
Dan, Allah sebagai penentu!!!
Saya Nak Awak Tahu...
Awak, saya syg awak...
Saya dah btol2 sygkan awak...
Awak, bila saya mula sygkan awak...
Saya ikrar pada diri saya, hanya awak y saya syg sampai akhir hayat saya...
Awak, saya nak awak tahu sampai ke detik ini saya sygkn awak...
Saya rindukan awak... n saya perlukan awak....
Sebelum Daun Yang Terukir Nama Mu Gugur.
Susunan rasa yang aku selit,
Harapannya ialah bertumbuh segar,
Membelit dan melingkar pemilik hati itu.
Jika kamu dapat melihat dirimu dari matamu,
Sekiranya kamu mendengar suara kamu dari telinga aku,
Andainya kamu mampu menghidu aroma itu,
Kalau kamu dapat sentuh tubuh kamu dengan jari aku,
Pasti kamu tahu,
Kamu telah mengindahkan hidup ini.
Aku sanggup cuba segala cara,
Supaya aku takkan kehilangan,
Kehilangan sudut pandangan,
Pandangan senyuman kamu.
Inilah Hakikat
Apa yang aq perlu lakukan? Perlukah aq menanti dan terus menanti walaupun tidak pasti? Perlukah aq mengubah kemudi mencari pengganti? Tidak! Biarlah! Aq rela sendiri dan menyepi di dunia ini, walaupun Aja tidak bisa kumiliki!
Hidup ini kadangkala tiada huraian. Begitulah...
Masa terus berdetik, sama-sama mengiringi sepasang jarum jam. Ramai orang ingin tahu apakah yang sebenarnye yang terjadi tetapi apakah jawapan yang harus aq beri.. Orang yang melihat diriku, mengkaji melalui perwatakan. Ternyata aq riang bagaikan tiada masalah. Aq terpaksa meneruskan hidup ini. Terpaksa melalui ruang kecil di dalam dunia ini. Aq ada masalah, tetapi berjuta-juta lagi insan lain di dunia ini mempunyai masalah yang lebih teruk.
Jadi tangisan, ratapan, kekecewaan bukanlah jawapan bagi menyelesaikan masalah. Dulu, tak pernah aq terfikir seperti hari ini. Tapi, saat ini, aq semakin dewasa, dibesarkan oleh pengalaman dan kekecewaan.
Aq ingin memberitahu alam...
Kalau boleh setiap benda bernyawa termasuk seluruh manusia di dalam dunia ini. Ingin aq umumkan kepada dunia betapa tulus cinta aq, terhadap Aja.
Kisah cintaku kepada Aja bagaikan realiti dan fantasi..
Tidak sangka, kisah hidupku begitu complicated, amat sukar untuk dihuraikan. Aq masih menanti Aja, tetapi bagaimana dan sehingga bila aq harus menunggu? Kehidupan perlu diteruskan walaupun tiada huraian...
Namun, aq perlukan satu tempoh yang cukup matang untuk berdiri semula meneruskan hidup. Begitulah segalanya yang terjadi. Aq semakin tabah tetapi sekali-sekala hatiku terusik melihat gambar-gambar Aja.. Inilah yang dikatakan takdir dunia.
Antara aq dan Aja...
Kali pertama aq melihat Aja di tempat kerja dia, hatiku sendiri goyang. Walaupun aq sering laungkan cogan kata anti perempuan, aq bagai tewas di saat itu. Aq rasa aq terpikat dengan gadis yang aq lihat itu dan dalam hati kecilku berkata "aq ingin dia jadi milikku". Masa aq di zaman persekolahan dulu, semua orang kata aq ni jahat. Perangai macam setan! Betul ke aq ni setan? Tapi... tak lagi lepas aq jumpa Aja! Kuhiasi cintaku dengan gelak tawamu. Dengan sentuhanmu, senyumanmu. Kuhiasi duniamu dengan warna yang ungu. Dengan rasa yang syahdu, lukisanmu....
Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang, aq menjadi pencinta agung. Aq akan tabah mengharungi apa saja... Demi sumpahku mencintai Aja sehingga ke akhir hayat.. Segala yang aq lakukan demi untuk Aja. Aq berusaha untuk menjadi lelaki, kekasih dan suami yang baik untuknya. Kaulah wanita yang berjaya mengubah hidupku.....
Subscribe to:
Posts (Atom)